Tips Pikat Hati Ibu Mertua

Assalamualaikum visitor HNL(healthy.nature.love) sekalian =)

Hari ini saya nk kongsikan tips penting untuk semua wanita yang bergelar isteri. Selalu waktu hujung minggu macam ini, kita mesti ikut suami pergi melawat ibu dia kan?? ibu dia a.k.a ibu mertua kite =) Kita mesti sayang ibu mertua kita sebab tanpa dia, kita tak dapat jumpa lelaki sebaik dan sehebat suami kita. Dialah yang menjaga suami kita sejak lahir hingga dewasa.  Dengan restu ibu mertua kita, keluarga baru yang kina bersama suami bahagia. Sesungguhnya, apabila kita sudah di ijab kabul kan, tanggungjawab kita terhadap ibu mertua kita adalah lebih besar dari tanggungjawab kita terhadap ibu bapa sendiri. Ramai para isteri tidak tahu, redha ibu mertua itu penting.

Ok, sekarang nak kongsi perkara yang para isteri /ibu harus buat untuk memikat hati ibu mertua :-

1) Buah Tangan

Alhamdulillah, saya di ajar sejak kecil untuk membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah saudara mara, Maka amalan ini diteruskan apabila berkunjung ke rumah ibu mertua. Lagi best kalo buah tangan yg di bawa tu hasil air tangan kita sendiri. InsyaAllah, mudah untuk kita memikat hati ibu mertua kita.

2) Memasak

Sebagai seorang wanita, pandai memasak adalah ciri penting yang di titik beratkan oleh suami dan keluarga mertua. Tidak kisah la, ape jua jenis hidangan, jangan segan atau malu untuk memasak di rumah mertua. Pikat hati mertua dengan air tangan anda. InsyaAllah, lembut hati ibu mertua melihat menantu nya masak di dapur dan dia rasa senang hati kerana anak teruna kini sudah ade penjaga makan dan minum. Sebab itu la,  para suami yang perut buncit itu bahagia. Sesungguh nya, hasil masakan air tangan kita mengalir kasih sayang yang mampu menyentuh hati ibu mertua.

3) Sifat Rajin

Sifat rajin ni penting dalam kamus hidup seorang wanita. Masa ibu mertua kita memasak, ringan kan tulang tolong masak, potong sayur ke kupas bawang ke atau pape jer. InsyaAllah, sifat rajin ini mampu memberi impak positif kepada hubungan dengan ibu mertua.

4) Borak /Sembang

Cuba cari topik untuk dibual kan bersama ibu mertua. tak la kat dapur masak same-same, tp senyap jer kan?. Ringan kan mulut bertanya atau bercerita tentang ape sahaja untuk menghidupkan suasana.

5) Murah hati

Tanam kan sifat mulia ini dalam hati. bukan niat membeli kan hadiah mahu pun wang ringgit dengan niat membodek atau mengipas ibu mertua, namun keihkhlasan di hati itu penting. Membeli hadiah atau cenderamata sebagai tanda ingatan kita kepada mereka. Mereka tentu berasa dihargai oleh menantu dah rase bahagia dengan pemberian kita itu.InsyaAllah.

6) Jangan berkelakuan tidak sopan/gedik

Walaupun kita sah menjadi suami isteri dengan pasangan, namun jangan berkelakuan yang kurang sopan di depan mertua kita. Tahu adab melayu yang sopan santun. Biar lah sifat romantik kita bersama pasangan hanya di dalam bilik dan bukan nya tontonan adik beradik mahupon mertua. Adab dan kesopanan kita mampu memikat hati mertua kita.

Harap perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama.

~mamarif~

Harap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s