Fadhilat Sedekah

Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Hari ini saya ini berkongsi fadhilat sedekah yang dipetik dari buku mudahnya menjemput rezeki.

1.Fadhilat sedekah yang utama ialah sedekah mampu melipat gandakan rezeki kita. Sesungguhnya Allah berfirman : Sesiapa yang berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya.(6:160)
Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah kepada hambaNya. Setiap ape yang kita sedekah kan kita akan ganjaran 10 kali ganda. Maka jika mahu rezeki sentiasa bertambah dan melimpah ruah,hulurkan tangan memberi kepada ahli keluarga,muslimin muslimat dengan ikhlas.Semoga rezeki kita akan dpermudahkan.

2. Sedekah kepada binatang

Sedekah kepada binatang atau haiwan sekeliling kita mampu menguji keikhlasan hati kita. Ini kerana, bersedekah terhadap binatang,binatang tidak mampu mengucap terima kasih apatah lagi membalasnya. Namun, jika yakin dengan rezeki yang kita sedekah itu terkandung seribu hikmah, perasaan ikhlas akan timbul tanpa ragu-ragu. Kesan nya, kehidupan kita berkat, cukup serba serbi dan makmur sejahtera.

3) Keajaiban Sedekah.

Sedekah ini tersimpan sejuta hikmah di mana, hanya dengan sedekah semampu dan seadanya mampu membuka pintu rezeki dn rahmat Allah yang tidak terduga. Kisah sedekah si penarik beca menyentuh hati saya. Seorang penarik beca yang daif lagi serba kekurangan, bersedekah setiap hari jumaat, dimana, beliau tidak mengena kan upah kepada penumpang yang menaiki beca nya pada hari tersebut. Sifat terpuji beliau telah membuka hati seorang hartawan yang dahulu nya tidak pernah bersedekah walaupun harta melimpah ruah. Kerana sifat terpuji si penarik beca itu, si hartawan tadi untuk menginfakkan harta nya kepada si penarik beca tadi. Rezeki Allah yang tidak pernah terduga, namun keyakinan akan hikmah bersedekah itu membuatkan si penarik beca tidak pernah berhenti bersedekah.

“berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku (Allah) akan memberi infak kepadamu (hadith Qudsi, Riwayat Bukhari)

4. Sedekah Sebagai Ubat

“Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah,(Riwayat Baihaqi)”

Semoga perkongsian ini mampu membuka hati kita agar sentiasa ingin bersedekah, kerana harta yang kita miliki hanya pinjaman Allh, dan harta yang kita sedekah kn merupakan harta kita sebenar nya di akhirat nanti.

Tidak perlu bersusah payah mahu mencari fakir miskin untuk kita bersedekah, ahli keluarga terdekat adalah lebih layak untuk menerima sedekah dari kita. Jangan terlalu berkira untuk memberi wang bulanan kepada ibu ayah mahupun adik beradik, kerana tanpa keluarga, kita ini bukan siapa-siapa, Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.. Amin…………….

Kredit: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki(Fathuri Salehuddin,2013)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s