Morning Sickness & ESP Shaklee

Ibu hamil pasti lebih cergas dengan ESP

 

Morning sickness..loya..letih dan lesu sangat sinonim dengan ibu hamil. Silap hari bulan memang terjelepuk keletihan. Rasa letih yang tidak kenal masa..mual atau loya..atau pun orang panggil morning sickness turut menyerang tak kira pagi atau petang..nama je morning sickness..hehe..

Sewaktu mengalami fasa awal kehamilan iaitu trimester 1, pemakanan ibu hamil sangatlah dititikberatkan. Salah satu sumber nutrien penting ketika hamil ialah protein. Protein adalah blok-blok pembinaan asas bagi badan ibu dan juga bayi. Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan kulit, rambut, kuku, tulang, tendon, ligamen, otot dan organ lain dalam badan. Badan ibu sangat memerlukan protein untuk menghadapi tempoh 9 bulan hamil terutamanya bagi ibu hamil trimester 2 dan trimester 3 kerana pada waktu inilah perkembangan bayi sangat pesat dan payudara serta organ makin membesar bagi memenuhi keperluan bayi yang semakin membesar. Ia juga penting bagi persediaan ibu untuk menyusu.

Sumber protein paling mudah yang ada di sekeliling kita ialah telur, susu, produk berasaskan soya seperti tempe, tauhu dan sebagainya. Dan tahukah anda hampir kesemua protein yang terdapat dalam makanan tersebut hilang ketika proses memasak? Protein cepat musnah bila terkena suhu yang tinggi.

Menyedari keperluan orang ramai mengenai protein, Shaklee menyediakan sumber protein terbaik untuk anda iaitu Soy Protein Isolate Powder atau lebih dikenali sebagai ESP. Saya kongsikan sepintas lalu mengenai kelebihan ESP kepada ibu hamil.

  1. Membantu perkembangan fetus (kulit, kuku, otot, organ bayi dan lain2 terdiri drp protein)
  2. Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  3. Memberikan tenaga kepada ibu terutamanya bagi yang mengalami morning sickness
  4. Mengawal paras kolestrol & menyokong kesihatan jantung
  5. Indeks glisemik yang rendah membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi ibu hamil yang mempunyai diebetes
  6. Memberikan anda rasa kenyang dan mengelakkan masalah pedih ulu hati di kalangan ibu hamil
  7. Kulit bayi yang bakal dilahirkan nanti kelihatan cantik, halus, gebu tanpa masalah kulit..Insya Allah..dan bonusnya tentu kulit ibu juga :)
  8. Membantu badan ibu untuk menghasilkan antibodi untuk bayi.
  9. Meningkatkan kesihatan sistem imun yang menurun akibat perubahan hormon semasa hamil

Apa kesan kekurangan protein kepada ibu hamil?

Ibu hamil yang tidak cukup protein dalam badan mungkin mengalami simptom-simptom seperti berikut:-

  • Kehilangan berat badan
  • Otot-otot badan cepat lesu/lemah
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sembap air
Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung. Dapatkan ESP anda hari ini! Harga runcit RM150 (WM) dan RM155(EM). Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA!
 
Kredit to MAMAR2r

Rahsia Kejayaan

Apakah rahsia kejayaan yang sebenarnya???.

Tujuan saya mengulas tajuk ini semata mata nak mengingatkan anda dan diri saya bahawa kita sememangnya buta dan alpa pada hal duniawi dan mengejar kejayaan dunia semata mata. Hanya pada waktu waktu kita kesusahan dan banyak merenung baru kita nampak perkara perkara yang sebelum ini kita ketepikan.

Kita ini hanya lah hamba Allah, maka apa jua yang kita lakukan, dengan niat Lillahita’ala. Semuanya kerana Allah, mula dari Allah, buat kerana Allah, diakhiri juga dengan nama Allah. Subhanallah. Allahuakbar.

Jadi macam mana nak berjaya dengan mudah?

Caranya ialah dengan mengikut laluan yang di redhai oleh Allah.

Tapi anda juga perlu mulai dengan inisiatif setidak-tidaknya dengan yang paling minimum. Sebaik-baiknya dengan semangat yang membara.

“Tiadalah nasib sesuatu kaum itu berubah jika mereka sendiri yang tidak mengubahnya”. Itulah yang selalu kita dengar.

Anda rasa diri anda agak ketinggalan dan ingin berubah?

Itu maknanya sudah ada hidayah atau kesedaran dalam diri. Detik hati itu first step yang paling awal. Langkah seterusnya ialah langsung doa mohon dari Allah agar dikurniakan kekuatan untuk berubah. Perlu yakin – seyakinnya yang Allah pasti membantu! Ini adalah usaha yang mesti dibuat di tahap kedua. Ingat tak, kita ini hamba Allah maka pertama tama kali nak take action, mohon dari Allah dulu agar diberi kekuatan, kudrat untuk melakukan usaha seterusnya.

Step ini perlu anda beri perhatian. Tidak semua orang ada kekuatan untuk berdoa mengangkat tangan dan memohon pada Maha Pencipta. Ini kerana kebanyakan kita berfikir usaha itulah yang lebih utama. Benar. Usaha itu penting tapi ia bukan yang paling utama. Allah yang paling utama. Doa yang paling utama. Ibadah yang paling utama. Solat yang paling utama. Selepas itu kemudiannya barulah berusaha sehabis mungkin hinggalah ke titis darah yang terakhir. Kejayaan boleh dicapai dengan ibadah dan mulai ia dengan doa.

Allah akan merubah kita mengikut doa permintaan kita itu. Jika kita tidak ada kesedaran untuk berubah dan langsung tidak mohon pada Allah nak berubah maka kita sendirilah yang tidak berusaha untuk berubah.

Itulah maksudnya, “Tiadalah nasib sesuatu kaum itu berubah jika mereka sendiri yang tidak mengubahnya”. Itulah yang selalu kita dengar.

Jadi jom kita berdoa mohon perubahan untuk capai kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ingini.

 

Sesungguhnya pintu  rezeki boleh diperolehi dengan ibadah. Penyakit boleh diubati dengan ibadah. Ketenangan hidup boleh dicapai dengan ibadah. Salahuddin Al-Ayubi mencapai kejayaan dalam perebutan Jurusalem kerana mengutamakan ibadah lebih dari kekuatan atau kelengkapan ketenteraan (beliau mengutamakan solat malam dan pembacaan Al-Quran pada setiap hari).

Credit- http://affiliatesecretfornewbie.com/macam-mana-nak-berjaya-dengan-mudah.html

Like Fbpage : Mamarif Nutri-Shoppe

Hubungi Kami: 0192453258 (sms/whatsapp)

(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Amalan Rasullah Sebelum Tidur

 

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi)

Besarnya ganjaran bagi umat Muhammad SAW, mari kita mengamal kan sunnah rasullah sebelum kita melelapkan mata malam ini.

 

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk

 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis:

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)

6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.

7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.

8. Membaca do’a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):

 

Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

 
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
 
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal 
       Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan 
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.: 

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

14. Membaca do’a sesudah bangun dari tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.

“Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)”
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.

Peringatan : Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

– Secara umumnya ada 4 cara tidur…yang mana satukah pilihan sahabat semua?

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama’ dan ahli Ibadah
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka

Kredit to KOTA JANJI

Punca Kelahiran Pramatang

 

Kelahiran Pramatang (Ihsan Malaysia Gynaecology)

Sebelum waktu bersalin tiba, bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan. Jika kelahiran sudah berlaku antara 20 ke 37 mingggu dalam tempoh kehamilan, ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.

Bayi pramatang selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan organ mereka untuk jangka masa panjang, terutama sekali jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.  Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mungkin mempunyai peluang yang tipis untuk hidup. Jika wanita tersebut ingin meneruskan kehamilan sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan, kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal. Semakin awal tempoh kelahiran, semakin tinggi risiko seorang bayi mengahadapi masalah kesihatan yang serius.

Punca Kelahiran Pramatang

Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:

1.
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.
Kehamilan kembar.
7.
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.

Risiko Terhadap Bayi

Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:  

1.
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.

Simtom dan Tanda-tanda Kelahiran Pramatang

Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction). Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.

1.
Mengalami pengecutan rahim (contraction) yang tidak berhenti.
2.
Sentiasa berasa kejang di perut.
3.
Berasa sakit dibahagian bawah badan,belakang dan punggung yang tidak henti-henti.
4.
Terdapat air yang berwarna merah cerah dan merah pekat yang keluar dari faraj.
5.
Merasa bayi menekan dibawah.

Penyakit Ketika Mengandung: Hipertensi Hamil

Hipertensi adalah satu masalah kesihatan yang kerap berlaku di kalangan wanita mengandung.

Hipertensi semasa mengandung adalah terdiri dari beberapa kategori:

  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung lagi);
  • Hipertensi akibat mengandung; dan
  • Pra-eklampsia

Hipertensi yang sedia ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita hamil. Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik. Hipertensi semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama (sehingga 25% wanita hamil).

Hipertensi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin yang belum lahir.

Mengapa hipertensi semasa mengandung terjadi?

Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?

Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:

Faktor-Faktor Am:

  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.

Faktor Genetik:

  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.

Faktor-Faktor Obstetrik

  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar

Nota: Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.

Faktor-Faktor Perubatan

  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)

Bilakah hipertensi berlaku semasa mengandung?

Hipertensi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh mengandung. Oleh yang demikian, bacaan tekanan darah perlu diambil setiap kali wanita hamil mendapatkan rawatan susulan di klinik.

Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)

Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) selalunya dikesan pada peringkat awal kehamilan (trimester pertama). Lazimnya individu ini tidak mengalami sebarang gejala dan tidak mengetahui mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah mengandung, di mana tekanan darah yang tinggi tersebut dikesan semasa lawatan antenatal. Bagi golongan yang muda, andaian bahawa hipertensi yang dihidapi adalah jenis hipertensi primer (essential hypertension) tidak boleh dibuat, tanpa pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sebab yang menyebabkan hipertensi sekunder seperti Sindrom Cushing’s, Sindrom Conn’s dan phaeochromocytoma. Wanita dengan hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) adalah berisiko untuk turut mendapat pra-eklampsia, bayi yang kecil berbanding umur (small for gestational age) dan placental abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Golongan wanita ini memerlukan rawatan oleh kerana risiko kejadian pra-eklampsia dianggarkan dua kali ganda.

Hipertensi akibat mengandung

Berbanding dengan kategori di atas, hipertensi akibat mengandung dan pra-eklampsia lazimnya dihidapi pada separuh terakhir kehamilan sehingga 6 minggu selepas bersalin. Tekanan darah mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas bersalin. Hipertensi akibat mengandung boleh didefinisikan sebagai hipertensi yang berlaku semasa separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia (seperti yang dinyatakan di bawah). Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi akibat mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan, kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi akibat mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat hipertensi akibat mengandung.

Pra-eklampsia

Hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah tanda-tanda utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi ia mungkin kejadian pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras normal. Tanda-tanda pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.

Wanita-wanita hamil mungkin mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit di bahagian perut, loya, muntah, atau odema (bengkak, terutamanya di bahagian kaki). Malangnya, kebanyakan wanita hamil tidak mengalami sebarang gejala, menjadikan penyakit ini sukar dinilai secara klinikal. Wanita-wanita hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal pra-eklampsia dan seterusnya mengambil langkah awal untuk mendapatkan rawatan. Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan rapi, ia boleh melarat menjadi eklampsia atau sawan, memudaratkan ibu mengandung dan juga janin. Pra-eklampsia menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan masalah pembekuan darah, diikuti kejadian placenta abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Sebab utama kematian penghidap pra-eklampsia adalah pendarahan dalam otak dan masalah pernafasan yang serius (adult respiratory syndrome). Janin pula boleh mengalami kelemasa (masalah pernafasan), pembantutan tumbesaran dan kematian.

Eklampsia

Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejala-gejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia (kurang gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia didiagnosa. Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda klinikal yang jelas dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi. Lebih dari satu pertiga daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama sebelum kejadian tekanan darah tinggi dan protinuria. Remaja hamil berisiko lebih 3 kali ganda mengalami eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia termasuklah angin ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema (kebengkakan) di bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan sendirinya, namun ada di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang kekal.

Kredit to Kementerian Kesihatan Malaysia

—————————————————————————————————————-

Berminat untuk dapatkan nutrisi tambahan untuk anda dan bayi anda sepanjang tempoh kehamilan? 

Dapat set kehamilan yang lengkap dengan pelbagai vitamin asas dan nutrient penting untuk memastikan anda sihat sepanjang tempoh kehamilan dan perkembangan bayi yang sihat.

PM Mamarif Nutri-Shoppe untuk konsultasi percuma dan dapatkan set kehamilan anda hari ini!!

 

 

Tips Tingkatkan Susu Ibu

Image

kredit Shaklee Malaysia

Salam para ibu

Hari ini saya yang nak berkongsi satu artikle di majalah i-Sihat, mengenai tips tingkatkan susu ibu melalui nutrisi yang betul dan tepat.

Pengalaman saya sendiri setelah menggunakan produk shaklee untuk meningkatkan penghasilan susu ibu ternyata efektif dah produktif. Syukur Alhamdulillah, murah rezeki putera cilik saya yang kini genap 8 bulan.

Antara tips penting untuk meningkatkan susu ibu adalah melalui pengambilan suplemen tambahan yang berupaya merangsang penghasilan susu ibu yang banyak di samping kaedah pegepamam yang kerap. Selain itu, pengambilan suplemen yang tepat, konsistent dengan cara makan yang betul, si ibu akan kekal cergas sepanjang hari dan si anak mendapat khasiat terbaik dari susu ibu. Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda

Dapatkan 20 tips disini!

Dapatkan set penyusuan Shaklee yang terbukti efektif meningkatkan penghasilan susu ibu.

Dapatkan konsultasi percuma dengan setiap pembelian di HNL – borang order- anda boleh dapatkan full pack atau pun trial pack mengikut budget anda.

PM kami di Mamarif Nutri-Shoppe untuk maklumat lanjut atau SMS/Whatsapp di talian 0192453258.

Selamat mulakan langkah bijak anda dengan memilih Set Penyusuan Shaklee demi kesihatan ibu dan anak yang terbaik.